SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK DATO' AHMAD MANAF

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK DATO' AHMAD MANAF.....SENYUM SELALU

Monday, July 19, 2010

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj


PSS SKDAM telah menganjurkan satu majlis ilmu berupa sambutan israk dan mikraj peringkat sekolah. Majlis ini diadakan oleh Panitia Agama Islam.Majlis ini diadakan pada 16 Julai 2010 bersamaa 4 Syaaban 1426 Hijrah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membaca surah Yasin, ceramah agama dan pertandinagan mewarna. dengan adanya majlis sambutan ini dapat mengingatkan semua murid tentang amalan solat yang diwajibkan kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W.

Program Bulan Mega Membaca SKDAM 2010


PSS SKDAM telah mengajurkan satu program yang dikenali sebagai Bulan Mega Membaca. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung dimana ia melibatkan 5 panitia matapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Program telah dijalankan selama sebulan iaitu daripada 31 Mei 2010 hingga 30 Jun 2010.
Diantara program yang telah dijalankan adalah seperti Pertandingan Bercerita, Pertandingan mengarang, Spelling Competition, Times Tables Charts Competition, Magic Science dan pelbagai lagi. Dengan adanya program seperti ini diharap ianya akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan dapat menambah pengetahuan sedia ada pelajar. Diharap pihak sekolah akan terus mengadakan aktiviti seperti ini dimasa-masa akan datang